Monday, June 8, 2009

Bermulanya di Sini

Perjalanan hidupku telah bermula , aku kini berumur 22 tahun pada tahun ni.

Step pertama untuk megejar masa depan aku, aku dan Wan nekad selepas minum pagi di kopitiam Pak Li, untuk ke MBSA memohon lesen meniaga. Tetapi kami hampa, jawapan diberikan 'Penuh' , padahal permohonan kami hanya mendapatkan tapak perniagaan di pasar pagi atau malam di area Shah Alam.

Ini merupakan semesta terakhirnya aku belajar di kampus Shah Alam, masuk bulan 7 aku akan menetap di kampus Puncak Alam. Oh uitm, sesungguhnya aku hanya menurut perintah orang atasannya sahaja...

Aku terfikir, dan mengajak Wan ke PKNS untuk memohon kedai sewa untuk perniagaan bundle kami, berjumpa dengan pegawai kerani di kaunter. Jawapannya masih kami pertimbangkan. " kedai dah penuh dik, kalau nak, kena buat proposal dulu, kemudian kami akan select dulu baru dapat keputusan, skearang pun tengah waiting list" ...

OK, masih berfikiran positif. Aku dan wan, terus balik, dan memikirkan strategi baru perniagaan kami. Menanyakan tentang pengalaman perniagaan bundle di kalangan pekedai bundle, rata-ratanya memberi jawapan negatif. Takpe, belum cuba belum tahu.

Sesungguhnya, berniaga perlukan kesabaran,

Esok masih ada.......